Berita Dan Aktiviti PKS

20 Oct 2020

LULUSAN DIPLOMA GEOMATIK POLITEKNIK TERIMA PERMINTAAN TINGGI PASARAN INDUSTRI UKUR TANAH & SURVEI

Politeknik Kuching Sarawak (PKS) merupakan satu institusi yang menghasilkan graduan juruukur tanah dan survei pada peringkat diploma bagi membekal tenaga kerja dan laris untuk mengisi permintaan pekerjaan yang tinggi dalam bidang terutama di negeri Sarawak dan Sabah sebaik sahaja menamatkan pengajian selama 3 tahun.
Diploma Geomatik (DGU) PKS, yang dahulunya dikenali sebagai Diploma Ukur Tanah telah mendapat akreditasi Kelayakan Malaysia, MQA (MQA/FA 1289) dan mendapat kerjasama strategik, akrab dan aktif dengan Land Surveyors Board Sarawak mengalu-alukan permohonan pelatih baharu bagi kemasukan Sesi Disember 2020 kepada calon yang memenuhi syarat kelayakan seperti berikut :
Lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) :
– Lulus BM, BI, Sejarah
– 1 kepujian Matematik
– 1 kepujian mata pelajaran berkaitan Sains/ Teknikal/Vokasional
– 1 kepujian mana-mana mata pelajaran lain yang belum diambil kira.
Bagi yang belum membuat permohonan ke Politeknik, borang permohonan bagi kemasukan baharu sesi DISEMBER 2020 telah dibuka secara online melalui portal http://ambilan.mypolycc.edu.my (percuma tanpa pin) mulai 7 September 2020 hingga 16 Oktober 2020.
Semakan Keputusan Permohonan : 6 November 2020
Pendaftaran Pelajar : 16/17 Januari 2021
Maklumat Lanjut :
No. Tel Pejabat : 082 845 596 (waktu pejabat)
No. Whatsapp : 016 888 9683 (Pengambilan)
No. Whatsapp : 014 656 6477 (Pengurusan)
No. Whatsapp : 010 858 8906 (Pendaftaran)
Senarai Program yang ditawarkan di Politeknik Kuching Sarawak bagi Sesi Disember 2020 :
1. Diploma Kejuruteraan Awam
2. Diploma Kejuruteraan Perkhidmatan Bangunan
3. Diploma Geomatik
4. Diploma Kejuruteraan Mekanikal
5. Diploma Kejuruteraan Mekanikal (Automotif)
6. Diploma Kejuruteraan Mekanikal (Pembuatan)
7. Diploma Kejuruteraan Mekanikal (Penyamanan Udara dan Penyejukbekuan)
8. Diploma Kejuruteraan Elektrik & Elektronik
9. Diploma Kejuruteraan Elektronik (Komunikasi)
10. Diploma Kejuruteraan Proses (Petrokimia)
11. Diploma Akauntansi
12. Diploma Pengajian Perniagaan
13. Diploma Teknologi Maklumat (Teknologi Digital)
14. Pra Diploma Sains
15. Pra Diploma Perdagangan
Jabatan Hal Ehwal Pelajar
Politeknik Kuching Sarawak

Accessibility Toolbar