Berita Dan Aktiviti PKS

27 Apr 2024

Public Speaking Competition : Voice of Sarawak Youths anjuran The Sarawak Initiatives (TSI)

Pada 27 April 2024 yang lalu Politeknik Kuching Sarawak telah menghantar lima (5) orang pelajar untuk menyertai Public Speaking Competition : Voice of Sarawak Youths anjuran The Sarawak Initiatives (TSI) bagi kategori Youth Category.
Para pelajar yang terlibat ialah Shalyana binti Salihin (DPM), Nicholas Wong Hock Chye (DDT), Raushan Singh a/l Harbans Singh (DDT), Nuraleyana binti Yussof (DEE) dan Villery Vrifrezsa Dubau anak William Jimbun (DEE). Semua peserta yang juga merupakan ahli Kelab Debat & Pengucapan Awam POLIKU (KDPAP) telah melalui dua pusingan iaitu Prepared Speech dan Impromptu Speech.
Oleh itu, melalui keputusan yang diumumkan pada 08 Mei, sukacita dimaklumkan bahawa Villery Vrifrezsa Dubau anak William Jimbun telah layak ke pusingan Grand Final Public Speaking Competition : Voice of Sarawak Youths yang akan berlangsung di Islamic Information Centre pada 22 Jun 2024 kelak.
Sila layari facebook rasmi Politeknik Kuching Sarawak untuk maklumat lanjut

Accessibility Toolbar