Berita Dan Aktiviti PKS

26 Mar 2020

Politeknik Kuching Sarawak (PKS) menerima sumbangan daripada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Sarawak (KPDNHEP Sarawak)

24 Mac 2020 – Politeknik Kuching Sarawak (PKS) sekali lagi menerima sumbangan daripada pihak luar iaitu Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Sarawak (KPDNHEP Sarawak) pada pagi tadi bagi tujuan pengagihan kepada 450 orang pelajar PKS yang tidak dapat balik kampung halaman sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan. Sumbangan yang berbentuk makanan kering ini telah diserahkan oleh Encik Mohammad Dzulkiflie Bin Pathi yang mewakili Pengarah KPDNHEP Sarawak, Ybhg Dato’ Stanley Tan dalam satu majlis ringkas yang berlangsung di Kafeteria, Politeknik Kuching Sarawak. Pengarah PKS, Puan Jamaliah Ahmad berkata sumbangan tersebut dapat membantu pelajar terutama mereka yang dalam kategori kurang berkemampuan dan pendapatan keluarga terjejas akibat daripada penularan Wabak Covid-19 untuk meneruskan kelangsungan pengajian di PKS. Jutaan terima kasih diucapkan kepada KPDNHEP Sarawak di atas sumbangan itu.

Posted by Politeknik Kuching Sarawak on Isnin, 23 Mac 2020

Accessibility Toolbar