5
Feb
2024
Bengkel STEM Robotik di SK Landeh
31 Januari 2024, Rabu – Jabatan Kejuruteraan Elektrik (JKE) Politeknik Kuching Sarawak dengan kerjasama SK Landeh telah mengadakan Bengkel STEM Robotik di SK Landeh.
Bengkel ini bertujuan untuk mendedahkan kepada pelajar sekolah rendah berkaitan dengan bidang STEM- Robotik. Aktiviti ini melibatkan perkongsian ilmu secara teori dan praktikal selaras dengan keperluan STEM dalam Revolusi Industri 4.0.
Seramai 40 orang pelajar SK Landeh terlibat membentuk 10 kumpulan dan 10 orang pensyarah Politeknik sebagai fasilitator. Penerangan komponen-komponen utama Autonomous Mobile Robot dilakukan oleh fasilitator setiap kumpulan masing-masing. Pelajar juga diberikan peluang untuk menguji lari Autonomous Mobile Robot masing-masing. Sesi yang terakhir adalah sesi pertandingan Autonomous Mobile Robot. Penyampaian hadiah dan cenderamata
Diharap bengkel ini dapat meningkatkan minat para pelajar dalam bidang STEM yang merupakan tonggak penting kemajuan teknologi semasa di samping mempromosikan Politeknik sebagai peneraju TVET.
Sumber: Jabatan Kejuruteraan Elektrik (JKE)