11
Nov
2023
PROGRAM JMSK STEM FUN CHALLENGE
10 November 2023: Program JMSK STEM Fun Challenge ini diadakan bagi memupuk minat pelajar untuk mengintegrasikan pengetahuan dalam bidang sains, teknologi, kejuruteraan dan matematik (STEM) dalam menghasilkan inovasi yang kreatif. Melalui program ini, kreativiti pelajar diasah dengan mengaitkan teori yang telah dipelajari dalam kursus DBS10012 Engineering Sciences dan kemahiran berfikir aras tinggi dalam menghasilkan inovasi yang sofistikated dan efisien.
Program ini disertai oleh 18 kumpulan pelajar yang mewakili setiap kelas semester 1 yang mengambil kursus DBS10012 Engineering Science. Inovasi yang dihasilkan adalah berkonsepkan dan berdasarkan kepada Topik 5: Solid and Fluid.
Tahniah kepada semua pemenang dan syabas diucapkan kepada jawatankuasa penganjur yang komited. Diharapkan dengan penganjuran program ini, pelajar akan lebih memahami aplikasi sains dan konsep STEM dalam menjalani kehidupan seharian.