Berita Dan Aktiviti PKS

8 Jan 2022

Majlis Anugerah Ketua Jabatan JKPK 2022 PKS

Majlis Anugerah Ketua Jabatan (AKJ) dan Sumbangan Kebajikan Untuk Pelajar Jabatan Kejuruteraan Petrokimia (JKPK) Politeknik Kuching Sarawak (PKS) yang disempurnakan oleh Encik Khalid Husseine bin Tuah, Ketua Jabatan Kejuruteraan Petrokimia telah berlangsung pada 7 Januari 2022. Majlis ini telah diadakan secara hibrid dengan meraikan kejayaan 142 orang pelajar yang menerima AKJ pada Sesi Disember 2020 dengan kehadiran pelajar dan pensyarah secara fizikal dan dalam talian (Microsoft Teams).
Turut diselitkan Program Sumbangan Kebajikan Untuk Pelajar JKPK yang menginap di kampus PKS sepanjang semester Sesi 1 2021/2022 berbentuk beg makanan yang telah disumbangkan oleh para staf JKPK.
Encik Khalid Husseine dalam ucapannya berharap agar para pelajar dapat menguruskan masa dengan baik, belajar mengikut jadual kendiri, membina kumpulan belajar di samping seimbang dalam pembelajaran dan aktif melibatkan diri dalam aktiviti ko-kurikulum. Semoga kejayaan yang diraih menerusi anugerah AKJ ini memberikan inspirasi kepada pelajar untuk terus berusaha bersungguh-sungguh. Selamat maju jaya kepada semua pelajar yang akan menempuhi peperiksaan atau Penilaian Alternatif (PAlt) yang bermula pada 8 Januari 2022.

Accessibility Toolbar