Berita Dan Aktiviti PKS

14 Nov 2019

LAWATAN SAMBIL BELAJAR PELAJAR TINGKATAN TIGA SMK SRI MATANG,KUCHING.

Rombongan 36 orang pelajar Tingkatan Tiga daripada SMK Sri Matang,Kuching bersama 3 orang guru pengiring yang di ketuai oleh Cikgu Aziela Bt.Sudin mengadakan lawatan sambil belajar ke Politeknik Kuching Sarawak (PKS).

Setibanya di PKS pelajar tersebut dibawa melawat ke Mini Galeri Centre of Technology (COT) PKS, Bengkel Automotif, Bengkel Ukur dan Bengkel Penyamanan Udara & Penyejukbekuan dan mendengar taklimat yang disampaikan oleh Pensyarah yang di tugaskan di bengkel berkenaan.

Lawatan ini adalah merupakan satu aktiviti dan Program Pasca PT3 SMK Sri Matang dan disamping itu untuk memberi pendedahan kepada pelajar mengenai peluang pendidikan TVET yang ditawarkan di PKS serta untuk membuka minda para pelajar tentang persekitaran pembelajaran di IPTA selepas tamat persekolahan peringkat menengah nanti.

Posted by Politeknik Kuching Sarawak on Selasa, 12 November 2019

Accessibility Toolbar