Berita Dan Aktiviti PKS

6 Apr 2020

PUSAT ISLAM POLITEKNIK AGIH SUMBANGAN GABI UNTUK PELAJAR TERKANDAS DI KAMPUS AKIBAT PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN #PKP | #COVID19

5 April 2020 – Terima kasih kepada Pusat Islam dan staf Kariah Masjid al-Muhandisin Politeknik Kuching Sarawak (PKS) atas sumbangan menyediakan minum malam (gabi) kepada pelajar Kolej Kediaman PKS yang tersekat dan kekal berada di kampus akibat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sejak 18 Mac yang lalu.

Menurut Ustaz Shahidan Shafie, Pengerusi Pusat Islam PKS menyatakan bahawa Pusat Islam mengerakkan inisiatif ini pada kalangan jemaah Masjid al-Muhandisin PKS sebagai dorongan dan sokongan kepada pelajar untuk terus kekal di lokasi kampus bagi mematuhi arahan PKP bagi mengekang penularan dan rantaian wabak COVID-19. Siri agihan bermula malam ini akan diteruskan pada tarikh 9 dan 13 April 2020.

Posted by Politeknik Kuching Sarawak on Ahad, 5 April 2020

Accessibility Toolbar