Berita Dan Aktiviti PKS

24 Sep 2019

Politeknik Kuching Sarawak (PKS) telah berjaya menganjurkan pertandingan inovasi “Kenyalang Mapping Technologies (KMTech 2019)

Politeknik Kuching Sarawak (PKS) telah berjaya menganjurkan pertandingan inovasi “Kenyalang Mapping Technologies (KMTech 2019):Ground Search and Rescue (SAR)“ dengan kerjasama beberapa agensi seperti Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Sarawak,Land Surveyors Board Sarawak (LSBS) HERE Malaysia,The Association of Consulting Licensed Land Surveyors Sarawak (ACLS) dan Royal Instituition of Surveyors Malaysia Sarawak Branch (RISM).
Terdapat 21 pasukan terdiri daripada Institusi Pengajian Tinggi Awam dan Swasta turut serta dalam pertandingan ini. Majlis penutupan rasmi telah disempurnakan oleh Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak Tuan Khirudin Drahman @ Hussaini.
Diantara objektif pertandingan ini ialah sebagai satu platform untuk penghasilan produk pemetaan yang kreatif dan inovatif dan juga secara tidak langsung ia akan membantu Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Sarawak dalam mencari penyelesaian mencari mangsa dalam operasi Ground Search Rescue.Selain itu ianya juga untuk memberi peluang kepada semua pasukan berkongsi ilmu dan kepakaran masing masing.

Posted by Politeknik Kuching Sarawak on Isnin, 23 September 2019

Accessibility Toolbar