Berita Dan Aktiviti PKS

15 Jan 2020

9 PELAJAR POLITEKNIK TERIMA INSENTIF KEWANGAN DALAM PROGRAM KASIH SISWA ICU JPM (TAMBAHAN)

9 Januari 2020 – Pihak Pejabat Pembangunan Persekutuan Negeri Sarawak, Unit Penyelarasan Pelaksanaan Jabatan Perdana Menteri (ICU JPM) telah menyampaikan insentif kewangan RM200 kepada 9 orang pelajar Politeknik Kuching Sarawak (PKS) sempena Program Kasih Siswa.

Insentif telah disampaikan oleh Encik Awang Afferoz Bin Awang Marikan, Ketua Penolong Pengarah Seksyen Kesejahteraan Rakyat ICU Sarawak bersama-sama Timbalan Pengarah Akademik PKS, En. Chow Tio Kiong.

Terima kasih kepada pihak ICU JPM atas bantuan kepada para pelajar PKS dan untuk makluman pada 11 November 2019 yang lepas seramai 21 pelajar Politeknik yang keluarganya berdaftar ekasih telah menerima inisiatif yang sama.

Oleh :
Mahathir Bin Mohamad Kamin
Jabatan Hal Ehwal Pelajar
Politeknik Kuching Sarawak

Posted by Politeknik Kuching Sarawak on Rabu, 8 Januari 2020

Accessibility Toolbar