Berita Dan Aktiviti PKS

4 Oct 2022

PERMOHONAN KEMASUKAN PELAJAR BAHARU SESI II 2022/2023 BAGI DIPLOMA POLITEKNIK KUCHING SARAWAK KINI DIBUKA [ BUKA 3 OKTOBER 2022 TUTUP 2 DISEMBER 2022]

Lepasan SPM atau lepasan Sijil Kemahiran yang LAYAK dan terlepas atau baru hendak memohon kemasukan ke program pengajian Diploma Politeknik, boleh mengemukakan permohonan melalui eBorang melalui portal http://ambilan.mypolycc.edu.my

Tarikh-Tarikh Penting Permohonan dan ambilan Sesi II 2022/2023 :

eBorang Permohonan dibuka : 3 Oktober 2022
eBorang Permohonan ditutup : 2 Disember 2022
Semakan Keputusan Permohonan : 2 Januari 2023
Borang Permohonan Rayuan eBorang dibuka : 2 Januari 2023
Borang Permohonan Rayuan eBorang ditutup : 10 Januari 2023
Semakan Keputusan & Cetakan Tawaran (Rayuan) : 19 Januari 2023
Pendaftaran Pelajar ke Kampus : bermula : 29 Januari 2023

Pastikan program diploma yang dipilih menepati syarat kelayakan kemasukan dan mengikut keutamaan. Calon akan gagal mendapat tawaran jika pilihan program tidak mengikut syarat kelayakan.

Jika Tidak Pasti dengan kelayakan SPM atau Sijil Kemahiran untuk memilih program diploma, calon boleh semak dengan memasukkan keputusan SPM atau Sijil Kemahiran melalui link dan senarai program layak akan disenaraikan : http://ambilan.mypolycc.edu.my/esemak/index.asp

Bagi yang memang mahu belajar di Politeknik Kuching Sarawak (PKS), pastikan pilih program diploma yang ada di PKS sahaja dan pilih lokasi yang betul.

Link Program Diploma dan Syarat Masuk dan info lain di Politeknik Kuching Sarawak.

http://ambilan.mypolycc.edu.my/portalbpp2/index.asp

1. Diploma Kejuruteraan Awam
2. Diploma Kejuruteraan Perkhidmatan Bangunan
3. Diploma Geomatik
4. Diploma Kejuruteraan Elektronik (Komunikasi)
5. Diploma Kejuruteraan Elektrik & Elektronik
6. Diploma Kejuruteraan Mekanikal
7. Diploma Kejuruteraan Mekanikal (Automotif)
8. Diploma Kejuruteraan Mekanikal (Pembuatan)
9. Diploma Kejuruteraan Mekanikal (Penyamanan Udara dan Penyejukbekuan)
10. Diploma Kejuruteraan Proses (Petrokimia)
11. Diploma Teknologi Maklumat (Teknologi Digital)
12. Diploma Akauntansi
13. Diploma Pengajian Perniagaan.

Boleh hadir ke kampus Politeknik Kuching Sarawak di KM22, Jalan Matang, Kuching bagi khidmat nasihat dan permohonan dengan membawa dokumen kelayakan SPM/Sijil Kemahiran. Boleh berhubung dengan Pegawai hal Ehwal Pelajar PKS, En. Abdul Yazid Ibrahim di talian whatsapp : 0178069583.

Jabatan Hal Ehwal Pelajar
Politeknik Kuching Sarawak
Tel : 082 845596

Accessibility Toolbar