Berita Dan Aktiviti PKS

9 Mar 2024

Ikon Siarawan PKS Tahun 2024

08 MAC 2024 | JUMAAT

Ikon Siarawan PKS Tahun 2024 anjuran bersama Jabatan Pengajian Am dan Kelab Debat & Pengucapan Awam POLIKU yang memulakan saingannya pada 24 Februari 2024 telah melabuhkan tirai pada 08 Mac 2024.
Objektif utama program yang menampilkan seramai 21 orang peserta adalah untuk mencungkil dan mengetengahkan bakat kepengacaraan serta kewartawanan dalam kalangan pelajar PKS sekaligus merancakkan kemenjadian pelajar dalam bidang komunikasi untuk melengkapkan mereka dengan kehendak pasaran kerja semasa.
Pusingan akhir dan majlis penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh Ts. Hjh. Marlina binti Abdul Manaf, Timbalan Pengarah (Akademik). Beliau menyatakan bahawa program Ikon Siarawan PKS Tahun 2024 ini merupakan satu usaha yang wajar diteruskan bagi membentuk dan meningkatkan kemahiran komunikasi dalam kalangan pelajar PKS sekaligus membantu meningkatkan nilai tambah dalam kalangan pelajar sesuai dengan Lonjakan Pertama dan Keempat Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (Pendidikan Tinggi) 2015-2025 iaitu melahirkan graduan TVET yang holistik, berciri keusahawanan, seimbang dan berkualiti.
Saudara Roland Buyo anak Janey (DDT, JTMK) telah menjadi juara dalam Ikon Siarawan 2024. Manakala Saudari Nuraleyana binti Yussof (DEE,JKE) dan Saudari Alleysa Klenie anak Linan (DDT, JTMK) masing-masing merangkul tempat kedua dan ketiga.
𝑻𝒂𝒉𝒏𝒊𝒂𝒉 𝒅𝒂𝒏 𝒔𝒚𝒂𝒃𝒂𝒔 diucapkan kepada semua peserta serta urus setia program.
Sumber: Jabatan Pengajian Am (JPA)
Gambar oleh Mohamad Hadzli bin Othman

Accessibility Toolbar