Berita Dan Aktiviti PKS

7 Jul 2022

JEMPUTAN, PENDAFTARAN KEHADIRAN & BAYARAN YURAN MAJLIS KONVOKESYEN KE-30, POLITEKNIK KUCHING SARAWAK (PKS) TAHUN 2022

Kepada :
Lulusan PKS Tamat Pengajian Sesi Disember 2020 & Sesi I : 2021/2022

Sukacita dimaklumkan bahawa Politeknik Kuching Sarawak (PKS) akan mengadakan Majlis Konvokesyen Kali Ke-30 bagi meraikan penganugerahan diploma kepada 1359 orang lulusan yang tamat pengajian pada Sesi Disember 2020 (851 orang) dan Sesi I : 2021/2022 (508 orang) di Hotel Imperial, Kuching, Sarawak pada 12 dan 13 September 2022.

Sehubungan dengan itu, pihak PKS amat berbesar hati menjemput para lulusan berkaitan menghadiri majlis berkenaan dengan mencetak surat jemputan, mendaftar penyertaan dengan memberi maklum balas kehadiran dan membayar yuran majlis.

Disertakan bersama-sama ini adalah pautan Panduan, Peraturan, Pendaftaran dan Bayaran Konvokesyen ke-30 PKS, 2022 yang boleh diakses melalui laman sesawang PKS e-Konvo mulai 6 Julai 2022, jam 5:00 petang :
http://www.poliku.edu.my/e-konvokesyen/

Para lulusan berkaitan dinasihatkan untuk memuat turun, membaca, dan mengambil tindakan memenuhi semua maklumat, proses, tata cara dan syarat yang digariskan dalam panduan tersebut agar majlis yang akan dilaksanakan dapat berjalan dengan lancar.

Ringkasan Tarikh Penting :
Tarikh Membuat Bayaran Majlis : 07 Julai 2022 hingga 31 Ogos 2022
Tarikh Daftar Penyertaan Majlis (Hadir/Tidak Hadir) : 11 Julai 2022 hingga 31 Ogos 2022
Tarikh Kajian Pengesanan Graduan : 15 Ogos 2022
Tarikh Mula Pengambilan Jubah : 5 September 2022
Tarikh Majlis : 12 dan 13 September 2022

Seluruh warga PKS mengambil kesempatan untuk merakamkan setinggi-tinggi syabas dan tahniah kepada semua lulusan dan ibu bapa/penjaga atas kejayaan menamatkan pengajian di PKS.

Accessibility Toolbar