Politeknik Kuching Sarawak (PKS) telah menerima satu lawatan oleh Puan Rashidah Taha dan Prof. Razali Hassan daripada Johor Petroleum Development Corporation Berhad (JPDC) dan juga Encik Steve Prior daripada OPITO Asia Pacific Sdn Bhd (QAPSB)
25 Februari 2020 – Politeknik Kuching Sarawak (PKS) telah menerima satu lawatan oleh Puan Rashidah Taha dan Prof. Razali Hassan daripada Johor Petroleum Development Corporation Berhad (JPDC) dan juga Encik Steve Prior daripada OPITO Asia Pacific Sdn Bhd (QAPSB) pada 24 hingga 25 Februari 2020. Tujuan lawatan ini adalah untuk melaksanakan projek “Competency Study towards Developing Cluster of Excellence”. Sebanyak 15 buah institusi pendidikan, latihan teknikal dan vokasional (TVET) Malaysia telah terpilih termasuk PKS untuk menyertai kajian ini.
Matlamat kajian dan jurang keupayaan piawaian ini adalah unuk mengenalpasti jurang yang terdapat di institusi Pendidikan TVET berbanding dengan keperluan industri dan piawaian yang digunapakai oleh industri hiliran minyak dan gas antarabangsa.
Posted by Politeknik Kuching Sarawak on Selasa, 25 Februari 2020