Berita Dan Aktiviti PKS

3 Apr 2020

KEMAS KINI BUTIRAN PELAJAR DAN NO. AKAUN BANK AKTIF DI SPMP BAGI PAKEJ RANGSANGAN EKONOMI BANTUAN KEPADA PELAJAR PENGAJIAN TINGGI

Semua pelajar aktif Politeknik Kuching Sarawak (PKS) sesi Disember 2019 diminta untuk mengemas kini butiran berikut dalam Sistem Pengurusan Maklumat Politeknik (SPMP) modul iHELP Hal Ehwal Pelajar sebelum 5 April 2020.

1. Maklumat peribadi termasuk No. Akaun aktif, Nama Bank, e-mel, No. Telefon dan lain-lain.

2. Maklumat Ibu Bapa / Penjaga termasuk alamat dan No. Telefon

3. Alamat Penginapan semasa Pengajian (jika rumah/bilik sewa pastikan  diisi dengan alamat yang sebenar)

Mengambil kira situasi semasa dalam Perintah Kawalan Pergerakan, semua pelajar dikehendaki menyediakan salinan dokumen sokongan wajib bagi tujuan proses pembayaran nanti kepada pihak PKS :

i. Muka Surat Penyata Akaun Pelajar yang mengandungi Nama Pelajar, No. Akaun dan Nama Bank

ii. Salinan Kad Pengenalan

iii. Salinan Kad Pelajar

*Muat turun panduan kemaskini

Jabatan Hal Ehwal Pelajar
Politeknik Kuching Sarawak
1 April 2020

Accessibility Toolbar