Berita Dan Aktiviti PKS

3 May 2022

PKS RAI PELAJAR TIDAK PULANG SEMPENA CUTI RAYA DAN CUTI SEMESTER

Isnin, 1 Syawal 1443H | 2 Mei 2022 – Seramai 170 orang pelajar yang tidak pulang dan memilih untuk kekal berada di asrama sempena cuti semester dan cuti Hari Raya Aidilfitri dirai dalam majlis ringkas selepas solat sunat aidilfitri dalam kampus Politeknik Kuching Sarawak di Jalan Matang, Kuching.
Pengarah PKS, YBrs. En Hikmatullah Hajid Ahmad Khan bersama-sama pelajar muslim bersembahyang sunat hari raya di Masjid Al Muhandisin Pusat Islam Politeknik Kuching dan seterusnya menjamu semua pelajar dengan makanan dan minuman yang disediakan oleh Politeknik dan Jawatankuasa Pusat Islam dan jemaah Masjid. Pek Makanan turut disediakan kepada semua pelajar di kafetaria PKS yang dikelolakan oleh Jabatan Hal Ehwal Pelajar yang diurusetiakan oleh Majlis Perwakilan Pelajar Politeknik Kuching Sarawak , Jawatankuasa Pelajar Pusat Islam PKS dan Jawatankuasa Pengurusan Kolej Kediaman -JPKK Politeknik Kuching Sarawak .
Pihak PKS mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua pelajar dan warga PKS.
Gambar :
IA Jenniecia
Disediakan oleh :

Accessibility Toolbar