Berita Dan Aktiviti PKS

6 May 2020

AWAEANG KWASIN PENGASAS NANG ORI & ALUMNI DIPLOMA AKAUNTANSI PKS 1996-1998 BANTU POLITEKNIK

30 April 2020 – Awaeang Kwasin, Alumni Diploma Akauntansi (DAT) Politeknik Kuching Sarawak (PKS) 1996-1998, yang kini merupakan Pengasas produk berasaskan lada hitam, Nang Ori dan antara 40 penerima ‘Malaysia Top Achievers 2019 telah memberi sumbangan kepada PKS berupa Hand Sanitizer dan Tuala Wanita untuk keperluan para penuntut PKS yang masih bertahan di asrama kampus akibat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bagi mengekang wabak COVID-19.

Terdahulu, barangan sumbangan telah diserahkan oleh Puan Awaeang kepada Pegawai Alumni PKS, En. Wong Sie Woo sebelum diserahkan kepada PKS yang diwakili oleh Timbalan Pengarah Sokongan Akademik, En. Khirudin Amdan disaksikan oleh Pegawai Hal Ehwal Pelajar dan Majlis Perwakilan Pelajar.

Terima kasih dan penghargaan kepada Pn. Awaeang yang merupakan wanita Bidayuh pertama memiliki lesen mengeksport produk hiliran lada hitam Sarawak menembusi pasaran China dan Hong Kong. Semoga beliau dimurahkan rezeki dan produk Nang Ori Exclusive semakin maju berkembang.

Posted by Politeknik Kuching Sarawak on Ahad, 3 Mei 2020

Accessibility Toolbar