Berita Dan Aktiviti PKS

17 Jan 2024

Sesi Libat Urus yang diadakan, YBrs. Pengarah Kanan (Akademik), JPPKK

16 JANUARI 2024|SELASA
Pengarah Kanan (Akademik), Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti,YBrs. Encik Mohd Noor bin Shahudin telah menghadiri sesi libat urus bersama warga Politeknik Kuching Sarawak hari ini. Sesi Libat Urus dimulakan dengan ucapan aluan oleh Pengarah PKS, Encik Samsudin bin Mohd. Saleh berkaitan dengan pencapaian PKS Tahun 2023 dan hala tuju strategik PKS tahun 2024.
Dalam sesi Libat Urus yang diadakan, YBrs. Pengarah Kanan (Akademik), JPPKK telah mengambil kesempatan menyampaikan amanat berkenaan rencana 2024 dalam usaha merekaupayakan sektor pendidikan dan latihan teknikal dan vokasional (TVET). Selain itu, beliau juga mengambil peluang berkongsi pengalaman sepanjang perkhidmatan bersama warga PKS agar dapat memberi inspirasi kepada seluruh warga kerja.
Selain amanat yang disampaikan,majlis juga diserikan dengan Pelancaran buku dan dokumen terbitan Politeknik Kuching Sarawak. Antara buku dan dokumen yang dilancarkan dalam majlis tersebut adalah Pelan Strategik PKS Tahun 2024, Pelan Tindakan PKS tahun 2024, Buku Kompilasi Abstrak Penyelidikan dan Inovasi PKS 2023 dan Buku Kompilasi Abstrak Projek Pelajar PKS Sesi I 2023/2024.
YBrs. Encik Mohd Noor bin Shahudin turut menzahirkan ucapan penghargaan kepada warga PKS yang akan bersara iaitu Encik Emanuel anak Rake dan Encik Bujang @ Zaidi bin Suhaili. Seramai 14 orang penerima Anugerah Pekerja Contoh Bulanan bagi bulan November dan Disember 2023 menerima penghargaan dan anugerah diraikan dengan penyampaian anugerah telah disempurnakan oleh YBrs. Encik Mohd Noor bin Shahudin diiringi oleh Pengarah PKS.
Selain itu, hadiah bagi Pertandingan Poster Digital Integriti bersempena sambutan Bulan Integriti Nasional 2023 Peringkat PKS turut disampaikan pada majlis tersebut.
Sebelum mengakhiri sesi Libat Urus tersebut, YBrs. Encik Mohd Noor bin Shahudin telah mengambil masa dan ruang melawat jabatan akademik serta beramah mesra bersama kakitangan akademik serta warga PKS.
Foto:UIDM,PKS

Accessibility Toolbar