26
Jun
2024
Sekitar sesi ‘Final Clock Out’ Ts. Hajah Marlina binti Abdul Manaf selaku Timbalan Pengarah (Akademik)
26 JUN 2024 | RABU
Sekitar sesi ‘Final Clock Out’ Ts. Hajah Marlina binti Abdul Manaf selaku Timbalan Pengarah (Akademik) bertempat di hadapan Bangunan Pentadbiran. Ts. Hajah Marlina binti Abdul Manaf telah berkhidmat selama tujuh tahun di Politeknik Kuching Sarawak (PKS) dan akan meneruskan khidmat bakti mendidik anak bangsa di Politeknik Ungku Omar (PUO) berkuat kuasa pada 1 Julai 2024.
Dalam majlis tersebut, Puan Hajah Normala binti Jaya, Ketua Jabatan Perdagangan mewakili Pengarah PKS turut menyampaikan cenderamata tanda kenangan kepada Ts. Hajah Marlina binti Abdul Manaf. Majlis turut diserikan dengan persembahan khas daripada kumpulan KEWARIS PKS. Turut hadir bersama ialah Jawatankuasa Pengurusan dan warga PKS.
Seluruh warga PKS merakamkan sekalung penghargaan dan terima kasih atas segala sumbangan dan dedikasi yang diberikan sepanjang berkhidmat di Politeknik Kuching Sarawak.
Selamat maju jaya dan selamat bertugas di tempat baharu.
Sila layari facebook rasmi Politeknik Kuching Sarawak untuk maklumat lanjut