Berita Dan Aktiviti PKS

3 Nov 2023

Majlis Sambutan Hari Akademia 2023 & Lambaian Kasih Peringkat Politeknik Kuching Sarawak

Majlis Sambutan Hari Akademia 2023 dan Lambaian Kasih Peringkat Politeknik Kuching Sarawak (PKS) anjuran Jabatan Kejuruteraan Elektrik (JKE) bersama Perhimpunan Bulanan Staf Bagi Bulan Oktober 2023 anjuran Jabatan Matematik Sains dan Komunikasi (JMSK) telah diadakan pada 27 Oktober 2023 di Dewan Jubli Perak,PKS.
Sambutan Hari Akademia ini adalah bagi meraikan segala sumbangan, pencapaian dan usaha bagi seluruh kakitangan akademik pelbagai peringkat pengajian merangkumi IPTA, IPTS, Politeknik dan Kolej Komuniti.
Pada majlis ini, sebanyak 14 anugerah disampaikan kepada para akademia dan staf sokongan melalui pelbagai kategori seperti Anugerah Ikon Sukarelawan, Anugerah Ikon Kokurikulum, Anugerah Mentor Keusahawanan, Anugerah Pengajaran dan Pembelajaran (PdP), Anugerah Penyelidikan dan Inovasi, Anugerah Penerbitan, Anugerah Pembelajaran Sepanjang Hayat, Anugerah Ikon Kolaborasi, Anugerah Pensyarah Harapan, Anugerah Pensyarah Cemerlang, Anugerah Staf Harapan, Anugerah Staf Cemerlang, Anugerah Inovasi dan Anugerah Khas Pengarah.
Majlis yang disempurnakan oleh YBrs. Encik Samsudin bin Mohd. Saleh,Pengarah PKS yang menzahirkan rasa bangga dan penghargaan di atas pencapaian cemerlang para akademia PKS dalam pelbagai bidang yang diceburi sekaligus mengharumkan nama PKS di persada pemain TVET negara.
Dalam majlis yang sama, seramai 40 orang penerima Anugerah Pekerja Contoh Bulanan (APCB) bagi bulan Jun hingga Oktober 2023 yang terdiri daripada staf akademik dan bukan akademik turut diraikan dan anugerah telah disampaikan oleh Pengarah PKS. Selain itu, bagi menghargai sumbangan dan khidmat bakti sepanjang berkhidmat di PKS, turut disampaikan cenderamata kepada empat orang staf yang bersara pada tahun ini.
Sebagai pelengkap bagi program yang menghimpunkan seluruh warga kerja PKS, pelancaran Tabung Gaza peringkat PKS telah dilancarkan pada majlis tersebut sebagai tanda keprihatinan dan solidariti dalam kalangan warga PKS terhadap perjuangan rakyat Palestin.
Turut hadir sama Timbalan Pengarah (Akademik), Ts. Hajah Marlina binti Abdul Manaf bersama barisan JK Pengurusan PKS.
π‘»π’‚π’‰π’π’Šπ’‚π’‰ π’Œπ’†π’‘π’‚π’…π’‚ π’”π’†π’Žπ’–π’‚ π’‘π’†π’π’†π’“π’Šπ’Žπ’‚ 𝑨𝑷π‘ͺ𝑩. π‘Ίπ’†π’Žπ’π’ˆπ’‚ 𝒕𝒆𝒓𝒖𝒔 π’„π’†π’Žπ’†π’“π’π’‚π’π’ˆ!
Foto: Mohamad Hadzli bin Othman
Untuk maklumat lanjut, sila layari facebook rasmi Politeknik Kuching Sarawak

Accessibility Toolbar