MEMO MAKLUMAN PROGRAM, NOTIS PENUTUPAN SEMENTARA PARKIR DAN LALUAN SEHALA SEMPENA KARNIVAL SUKSES PENDIDIKAN KERJAYA MURID PERINGKAT NEGERI SARAWAK TAHUN 2023 DI POLITEKNIK KUCHING SARAWAK
KEPADA :
SEMUA WARGA POLITEKNIK KUCHING SARAWAK
YBrs. Dr./Ts./Sr./Tuan/Puan,
Saya dengan hormatnya merujuk perkara di atas.
2. Sukacitanya dimaklumkan bahawa Program SUKSES “Sharing University & Skills Information for Enhance Student Success” Karnival Pendidikan Kerjaya Murid Peringkat Negeri Sarawak akan diadakan di Politeknik Kuching Sarawak (PKS) seperti ketetapan berikut :
Tarikh : 26 dan 27 September 2023
Masa : 8:00 pagi hingga 4:30 petang
Tempat : Dewan dan Dataran Jubli Perak, Makmal dan Bengkel,
Bilik Seminar dan Mini Auditorium UIDM, Parkir Kantin dan
lain-lain sekitar kampus PKS.
3. Untuk makluman, karnival SUKSES ini merupakan anjuran Majlis Guru Kaunseling Kebangsaan, Kementerian Pendidikan Malaysia dengan kerjasama Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti (JPPKK), Kementerian Pendidikan Tinggi. Bagi pelaksanaan di peringkat negeri Sarawak adalah melibatkan Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak (JPNS) dan Persatuan Guru Bimbingan dan Kaunseling Negeri Sarawak (PGBKNS) dengan kerjasama Politeknik Kuching Sarawak.
4. Penganjurannya bertujuan untuk mempromosi dan menyebarluas maklumat terkini mengenai peluang Pendidikan Tinggi yang ditawarkan di IPTA termasuk Politeknik dan Kolej Komuniti, IPTS, ILKA, sekolah khusus kepada murid, guru dan ibu bapa yang berkonsepkan “One stop center”.
5. Sehubungan dengan itu, terdapat beberapa kemudahan seperti parkir di parkir kantin, parkir pelawat di seberang hadapan bangunan pentadbiran termasuk parkir pelajar, parkir di bahu-bahu jalan yang berkaitan akan ditutup kepada staf dan pelajar PKS sementara khas untuk tetamu, jawatankuasa/urusetia Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak (JPNS), pempamer reruai, pengerai jualan, bas sekolah dan lain-lain bagi bagi tujuan melancarkan perjalanan progarm SUKSES bermula pada 25 – 27 September 2023. (Rujuk Lampiran Rajah Penutupan Sementara Parkir dan Laluan Sehala). Semua pihak dikehendaki menghormati dan mematuhi ketetapan ini, pegawai, pengawal keselamatan dan sukarelawan lalu lintas pelajar yang bertugas sepanjang karnival berlangsung.
6. Sepanjang program, PKS akan menerima pelawat lebih kurang seramai 1574 orang pelawat yang terdiri daripada 1282 orang murid dari sekolah-sekolah menengah dari daerah Kuching, Bau, Lundu, Samarahan dan Padawan menaiki 42 buah bas bersama-sama 102 guru pengiring, 100 guru/urus setia guru bertugas, 40 orang daripada 20 pengerai jualan dan 60 orang pempamer yang terdiri dari IPTA/IPTS/ILKA/Sekolah.
7. Semua warga PKS termasuk pelajar turut dijemput untuk menyertai karvival ini disamping melawat dan mendapatkan info serta manfaat dari reruai pempamer di Dewan Jubli Perak dan Gerai Jualan di kawasan Parkir Kantin. (Rujuk Lampiran Jadual Karnival dan Senarai Pempamer)
8. Semoga YBrs. Ts./ Dr./ tuan/ puan/ saudara/ saudara warga PKS dapat memberi kerjasama dan komitmen dalam menjayakan program ini di kampus PKS sekaligus dapat meluaskan info dan akses program pengajian di POLYCC secara amnya dan Politeknik Kuching Sarawak secara khususnya..
Sekian,terima kasih.