14
Nov
2019
2 PELAJAR POLITEKNIK KUCHING SERTAI MISI SUKARELAWAN SISWA YSS KPM SABAH 2019
13 November 2019 – Dua pelajar Politeknik Kuching Sarawak (PKS) telah terpilih dan menyertai Misi Sukarelawan Siswa Yayasan Sukarelawan Siswa (YSS) Kementerian Pendidikan Malaysia ke negeri Sabah 2019 bermula 12 hingga 29 November 2019 bersama-sama 100 orang sukarelawan siswa lain melibatkan 6 lokasi di daerah Kota Marudu, Pitas dan Kudat.
Tahniah dan selamat maju jaya kepada Ting Kim Ching dan Thian Yih yang kedua-duanya merupakan pelajar Diploma Akauntansi di PKS.
Sebelum itu, seorang pelajar PKS iaitu Hee Chuen Haw telah menyertai misi sukarelawan siswa YSS-ASEAN ke Sarawak pada 15 Ogos – 3 September 2019 yang lalu.
Posted by Politeknik Kuching Sarawak on Rabu, 13 November 2019