Berita Dan Aktiviti PKS

10 Oct 2019

SOFT OPENING PERPUSTAKAAN PKS.

KUCHING,8 Okt. 2019: Perpustakaan PKS akan mula beroperasi dan boleh diguna pakai setelah kerja menaik taraf dan penyelenggaraan selesai demikian kata Pengarah Politeknik Kuching Sarawak (PKS) Puan. Jamaliah Ahmad ketika melakukan Soft Opening Perpustakaan tersebut.

Menurut Pengarah lagi, Perpustakaan PKS mempunyai lebih 20,000 jodol buku dan ianya diibaratkan sebagai jantung dalam sesebuah Insituisi Pengajian Tinggi (IPT) seperti PKS.

Pengarah juga mengatakan bahawa Perpustakaan memainkan 6 fungsi utama iaitu sebagai tempat penyimpanan bahan bahan bacaan,seperti journal,buku dan lain lain serta juga dijadikan sebagai pusat pendidikan,pembelajaran sepanjang hayat (Long Life Learning centre).Disamping itu juga sebagai tempat rujukan akademik dan gedung pembudayaan masyarakat berbilang kaum serta etenik dan pusat informasi yang sahih disamping berperanan sebagai pusat rekreasi supaya boleh menarik minat dan secara tidak langsung mengalahkan tabiat membaca dikalangan para pelajar, pensyarah dan warga PKS amnya.

Oleh itu,beliau menyeru agar para pelajar,pensyarah dan semua Staff bukan akademik PKS menjadikan Perpustakaan tersebut sebagai tempat rujukan, penelitian dan penyelidikan dan mengunakan nya sebaik mungkin bagi menimba dan memperluaskan ilmu pengetahuan disamping mengunakanya sebagai hub membaca agar hobi membaca tersemai dikalangan semua warga PKS. Ini amat penting kerana dengan adanya budaya membaca seseorang mampu mengaktifkan sistem saraf otak dan secara tidak langsung boleh meransang daya ingatan seseorang dan cara berfikir dengan sempurna dan baik .

Turut hadir bersama ialah Timbalan Pengarah Akademik (TPA) En.Chow Tio Kiong,ketua ketua Jabatan,ketua unit serta pegawai kanan PKS.

Posted by Politeknik Kuching Sarawak on Selasa, 8 Oktober 2019

Accessibility Toolbar