Berita Dan Aktiviti PKS

26 Sep 2019

Tahniah Pasukan ULTIMATE STRENGTH Politeknik Kuching Sarawak (PKS)

Pasukan ULTIMATE STRENGTH Politeknik Kuching Sarawak (PKS) yang di wakili oleh 5 orang pelajar Diploma Kejuruteraan Awam iaitu Johnathen Then Jit Leong,Jaroindra Balam James, Mohamad Firdaus Bin Bohari,Nurul Alya Syahirah Binti Zulkiflee dan Anthea Lawie Anthony bersama 2 orang penyelia iaitu Encik.Azlan Bin Mohd.Ali dan Puan Normah Bt.Jainudin telah berjaya mendapat 3 anugerah utama iaitu Johan Most Creative Booth, tempat ketiga untuk kategori Creativity and Buildibility Bridge Model dan juga Silver Award sempena pertandingan“11 Internasional UTM Bridge Model Competition 2019” bertempat di UTM Kampus Skudai,Johor baru baru ini.
Pertandingan tersebut disertai oleh 88 pasukan Instituisi Pengajian Tinggi dari dalam dan luar negara serta 54 buah Sekolah Menengah seluruh negeri.Politeknik Kuching Sarawak (PKS) secara tidak langsung merupakan pasukan terbaik diantara Politeknik seluruh Malaysia. Syabas dan tahniah diucapkan kepada semua peserta serta penyelia mereka. #ukkpks

Kredit: Photo daripada: Encik Azlan bin Mohd Ali

Posted by Politeknik Kuching Sarawak on Rabu, 25 September 2019

Accessibility Toolbar