Berita Dan Aktiviti PKS

13 Jul 2023

PERMOHONAN BIASISWA PINJAMAN KERAJAAN NEGERI SARAWAK (BPKNS) PERINGKAT DIPLOMA SESI 2023/2024

Suruhanjaya Perkhimatan Awam Negeri Sarawak mempelawa pelajar yang mengikuti pengajian di peringkat Diploma di Institusi Pengajian Tinggi Awam Malaysia (IPTA) dan Politeknik untuk memohon Biasiswa Pinjaman Kerajaan Negeri Sarawak (BPKNS) Sesi 2023/2024.

TEMPOH PERMOHONAN : 10 Julai 2023 sehingga 23 Julai 2023

SYARAT – SYARAT PERMOHONAN

  1. Anak jati Sarawak.
  2. Telah mendapat tawaran untuk mengikuti pengajian di PERINGKAT DIPLOMA SEPENUH MASA di Institusi Pengajian Tinggi Awam Malaysia (IPTA) dan Politeknik.
  3. Keutamaan Diberi Kepada:
    • Pemohon Bidang Pengajian Seperti Pembuatan, Pertanian, Pelancongan, Perhutanan, Perlombongan, Khidmat Sosial, Teknologi Maklumat, Seni, Kejuruteraan Dan Sains.
    • Pemohon dari kalangan keluarga golongan B40. (Pendapatan Isi Rumah RM 4,850.00 ke bawah atau tertakluk kepada jumlah tanggungan semasa)
  4. Pegawai-pegawai Perkhidmatan Awam /Badan Berkanun yang bercuti belajar dan menerima separuh gaji atau bergaji penuh adalah TIDAK LAYAK memohon.

INFO TAMBAHAN

  1. Bagi kemasukan baru, pemohon WAJIB mengisi keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia atau yang setaraf.
  2. Bagi pemohon yang sedang dalam pengajian, permohonan hendaklah menggunakan keputusan semester terkini.
  3. Hanya permohonan yang disenarai pendek akan dipertimbangkan untuk tawaran. Sekiranya anda tidak dihubungi dalam tempoh dua (2) bulan daripada tarikh iklan ditutup, permohonan anda adalah dianggap TIDAK BERJAYA

CARA PERMOHONAN

Semua permohonan hendaklah dibuat di atas talian melalui https://escholarship.sarawak.gov.my

Sila layari laman web rasmi SPANS https://psc.sarawak.gov.my untuk PANDUAN PERMOHON

Sila rujuk poster bagi maklumat pegawai yang boleh dihubungi sekiranya terdapat sebarang pertanyaan.

Accessibility Toolbar