Perutusan Pengarah

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Selamat datang dan ucapan terima kasih di atas kesudian pengunjung-pengunjung laman web Politeknik Kuching Sarawak (PKS) ini.

Sebagai satu wadah perantara antara pengunjung dan warga PKS,maklumat menerusi laman web ini dijangka membantu pengunjung-pengunjung mengenal PKS dengan lebih dekat lagi.

Selaras dengan visi Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti Kementerian Pendidikan Malaysia iaitu menjadi Peneraju Institusi TVET Yang Unggul, PKS   telah menawarkan 13 program pengajian peringkat Diploma dan 2 program pengajian peringkat  Pra Diploma. Penawaran program bertujuan  untuk melahirkan  tenaga kerja separa mahir negara seiring dengan keperluan revolusi industri 4.0.

Sebagai salah sebuah Pusat Pendidikan TVET di Borneo,PKS komited untuk melahirkan graduan yang berilmu pengetahuan dan kemahiran dalam bidang teknikal yang holistik,berciri keusahawanan dan seimbang yang responsif bagi  mendepani cabaran mendatang.

Akhir kata,diharapkan Laman Web ini dapat menjadi sumber inspirasi dan  menjadi sumber maklumat kepada pengunjung yang melayarinya dan disamping dapat memberi input yang berguna kepada masyarakat, para belia lepasan sekolah, majikan,pekerja industri serta penyedia latihan yang turut sama berperanan melahirkan tenaga kerja mahir bagi keperluan pembangunan ekonomi negara tercinta.

Sekian, terima kasih.

Pengarah Politeknik Kuching Sarawak.

Accessibility Toolbar