Unit Teknologi Maklumat dan Komunikasi ditubuhkan pada tahun 2003. Pada awalnya unit ini dikenali sebagai Unit Sistem Maklumat. Mulai tahun 2007, nama unit ditukarkan kepada Unit Teknologi Maklumat dan Komunikasi. Pada awal penubuhannya, unit ini mempunyai seorang Pegawai Sistem Maklumat Gred F41, seorang Penolong Pegawai Teknologi Maklumat Gred F29 dan seorang Juruteknik Komputer FT17. Pegawai Sistem Maklumat yang pertama di Politeknik Kuching Sarawak ialah Cik Haniza bt. Amit.
Pada tahun 2008, waran perjawatan bagi skim F telah ditambah kepada 3 orang Pegawai Teknologi Maklumat, 3 orang Penolong Pegawai Teknologi Maklumat, seorang Juruteknik Komputer FT22 dan 6 orang Juruteknik Komputer FT17. Pejabat UICT terletak di hadapan bangunan Jabatan Pengajian Am (JPA)
Peneraju teknologi maklumat dan komunikasi terkini bagi merealisasikan visi dan misi Politeknik Kuching Sarawak (PKS)
Menyediakan perkhidmatan dan infrastruktur teknologi maklumat yang berkualiti dan mewujudkan persekitran e-politeknik.
UICT juga menyediakan perkhidmatan kepada para staf & pelajar PKS. Antara aktiviti-aktiviti utama UICT adalah seperti berikut:
Accessibility Toolbar