Berita Dan Aktiviti PKS

29 Apr 2022

YaPEIM SANTUNI 500 PELAJAR PKS DALAM PROGRAM INSPIRASI QASEH RAMADAN YaPEIM DENGAN JUADAH BUKA PUASA

Khamis, 28 April 2022 – Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM) telah memilih Politeknik Kuching Sarawak (PKS) dan melaksanakan Program Inspirasi Qaseh Ramadan YaPEIM dengan mengagihkan sumbangan 500 pek juadah berbuka puasa kepada pelajar PKS.
Agihan sumbangan telah dijalankan bermula jam 3:00 petang di Masjid Al Muhandisin / Pusat Islam PKS telah disampaikan bersama-sama oleh Pengarah PKS, YBrs. En Hikmatullah Hajid Ahmad Khan dengan Pn. Siti Aminah binti Dolah@ Abdullah, Ketua Unit Penyelaras Komuniti, YaPEIM Negeri Sarawak.
Pihak PKS mengucapkan terima kasih dan penghargaan atas sumbangan sebelum ini, semasa dan akan datang, Insha Allah. Semoga YaPEIM dimurahkan rezeki dan memperoleh dana dan sumbangan bagi membantu golongan sasaran secara berterusan seperti pelajar PKS yang kebanyakannya merupakan dari kalangan keluarga kategori B40.
Gambar : Mohamad Hadzli Othman UIDM PKS
Disediakan oleh :

Accessibility Toolbar