Berita Dan Aktiviti PKS

8 Oct 2021

BAGAI SIRIH PULANG KE GAGANG, HIKMATULLAH HAJID AHMAD KHAN, PENGARAH BAHARU PKS

KUCHING, Jumaat (8 Oktober 2021) – Pengarah Politeknik Kuching Sarawak (PKS) yang baharu, Encik Hikmatullah Hajid Ahmad Khan telah memulakan tugas rasminya di PKS.
Encik Hikmatullah sebelum ini adalah merupakan Pengarah Politeknik METrO Kuala Lumpur sebelum bertukar ke PKS. Beliau menggantikan Puan Jamaliah Ahmad yang bertukar ke Jabatan Pengajian Politeknik dan Kolej Komuniti Putrajaya sebagai Pengarah Bahagian Kompetensi dan Peningkatan Kerjaya pada Julai tahun ini.
Berasal dari Bintulu, Encik Hikmatullah pernah berkhidmat sebagai pensyarah di Jabatan Perdagangan PKS sebelum ini.

Accessibility Toolbar