27
Nov
2024
LAWATAN PENANDAARASAN FAKULTI KEJURUTERAAN ELEKTRIK UTeM
27 NOVEMBER 2024 | RABU
LAWATAN PENANDAARASAN FAKULTI KEJURUTERAAN ELEKTRIK UTeM
Terima kasih dan Selamat Datang ke Politeknik Kuching Sarawak diucapkan kepada delegasi daripada Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) bersempena Sesi Lawatan Penanda Aras Jabatan Kejuruteraan Elektrik (JKE), Politeknik Kuching Sarawak (PKS).
Antara agenda lawatan adalah sesi perkongsian program Pascasiswazah kepada para pensyarah JKE dan sesi perbincangan dan perkongsian tentang kurikulum PDP dan halatuju serta perancangan program pada masa akan datang. Delegasi juga turut berkesempatan mengadakan lawatan ke Bengkel Pendawaian & Bengkel Projek
Delegasi UTeM yang diwakili oleh Dr. Junainah binti Sardi dan Dr. Aziah binti Khamis telah disambut oleh Encik Samsudin bin Mohd. Saleh (Pengarah PKS), Ts. Aidawati binti Mustapha (Timbalan Pengarah (Akademik)) serta para pensyarah Jabatan Kejuruteraan Elektrik, PKS.
Semoga lawatan ini memberi manfaat kepada kedua-dua institusi
Sumber: Jabatan Kejuruteraan Elektrik (JKE)
Sila layari facebook rasmi Politeknik Kuching Sarawak untuk maklumat lanjut