Berita Dan Aktiviti PKS

3 May 2024

PROGRAM JSMK STEM FUN CHALLENGE

03 MEI 2024| JUMAAT
Program JMSK STEM Fun Challenge anjuran Jabatan Matematik, Sains dan Komputer (JMSK), Politeknik Kuching Sarawak (PKS) telah berlangsung dengan jayanya pada 03 Mei 2024 bertempat di Dataran Jubli Perak, PKS.
Program ini merupakan satu platform bagi pelajar Semester 1 daripada Jabatan Kejuruteraan yang mengambil kursus Engineering Science untuk mempersembahkan hasil mini projek berdasarkan tema yang ditetapkan. Mini projek ini telah dinilai oleh panel yang terdiri daripada pensyarah JMSK.
Selain itu, penghasilan mini projek ini bertujuan untuk memberi pendedahan awal kepada para pelajar sebelum melaksanakan projek akhir yang menggabungkan elemen kognitif, psikomotor dan afektif. Disamping itu, elemen kerja berpasukan juga penting dalam memastikan penghasilan kualiti mini projek yang terbaik.
Secara keseluruhannya, program ini telah berjaya mengetengahkan potensi pelajar dalam menghasilkan idea yang kreatif dan inovatif serta komitmen dan kesungguhan para pensyarah JMSK dalam memudahcara hasil mini projek para pelajar.
Tahniah kepada pemenang dan semua yang terlibat dalam menjayakan program kali ini.
Sumber: Jabatan Matematik, Sains & Komputer (JMSK)
Gambar oleh Mohamad Hadzli bin Othman
Sila layari facebook rasmi Politeknik Kuching Sarawak untuk maklumat lanjut

Accessibility Toolbar