Berita Dan Aktiviti PKS

8 May 2020

24 PELAJAR POLITEKNIK KUCHING SARAWAK BERJAYA PULANG KIA – KLIA

KUCHING, 6 Mei 2020 – Pergerakan Pulang Pelajar IPT dari Politeknik Kuching Sarawak (PKS) diteruskan dan kali ini melibatkan 24 pelajar PKS yang berasal dari negeri-negeri di Semenanjung Malaysia.

Menurut En. Bani Seperamaniam selaku Pengurus dan pegawai pengiring Pergerakan Pulang Pelajar IPT peringkat PKS di bawah Zon Sarawak menyatakan bahawa mereka terdiri daripada 12 orang yang menggunakan penerbangan MH 8609 jam 1345-1530 dan 12 orang yang lain menaiki penerbangan MH 8658 jam 1900-2045. Tiket penerbangan telah diuruskan oleh Ketua Penyelaras Zon Sarawak, UNIMAS di bawah tajaan Kementerian Pengajian Tinggi.

Sementara itu, YDP Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) PKS, Sdr. Muhammad Syawal Hanifah Dharmalingam yang turut pulang bersama kumpulan ini merakamkan ucapan jutaan terima kasih kepada pihak PKS dan Jawatankuasa Khas Kawalan COVID-19 PKS yang diketuai oleh Pengarah Puan Jamaliah Ahmad yang komited mengurus dan menyelaras semua perancangan dan tindakan sepanjang tempoh PKP di PKS seperti makan minum percuma dan sehinggalah Pergerakan Pulang Pelajar IPT yang dikelolakan oleh Kementerian Pengajian Tinggi (KPT).

24 PELAJAR POLITEKNIK KUCHING SARAWAK BERJAYA PULANG KIA – KLIAKUCHING, 6 Mei 2020 – Pergerakan Pulang Pelajar IPT dari Politeknik Kuching Sarawak (PKS) diteruskan dan kali ini melibatkan 24 pelajar PKS yang berasal dari negeri-negeri di Semenanjung Malaysia. Menurut En. Bani Seperamaniam selaku Pengurus dan pegawai pengiring Pergerakan Pulang Pelajar IPT peringkat PKS di bawah Zon Sarawak menyatakan bahawa mereka terdiri daripada 12 orang yang menggunakan penerbangan MH 8609 jam 1345-1530 dan 12 orang yang lain menaiki penerbangan MH 8658 jam 1900-2045. Tiket penerbangan telah diuruskan oleh Ketua Penyelaras Zon Sarawak, UNIMAS di bawah tajaan Kementerian Pengajian Tinggi. Sementara itu, YDP Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) PKS, Sdr. Muhammad Syawal Hanifah Dharmalingam yang turut pulang bersama kumpulan ini merakamkan ucapan jutaan terima kasih kepada pihak PKS dan Jawatankuasa Khas Kawalan COVID-19 PKS yang diketuai oleh Pengarah Puan Jamaliah Ahmad yang komited mengurus dan menyelaras semua perancangan dan tindakan sepanjang tempoh PKP di PKS seperti makan minum percuma dan sehinggalah Pergerakan Pulang Pelajar IPT yang dikelolakan oleh Kementerian Pengajian Tinggi (KPT). #PerintahKawalanPergerakan#STOPCOVIDー19#stayathome #stayathostel#dontworry #staysafe #wecare#socialdistancingDisediakan oleh :Mahathir Bin Mohamad KaminJabatan Hal Ehwal PelajarPoliteknik Kuching Sarawak______________________________________Like | Follow | Share | Repost | Retweet :Facebook : politeknik.kuching.sarawakInstagram : politeknikkuchingsarawakTwitter : PoliteknikKuch1

Posted by Politeknik Kuching Sarawak on Rabu, 6 Mei 2020

Accessibility Toolbar