5
Jan
2025
Sekitar Hari Pendaftaran Asrama Pelajar Baharu Sesi II: 2024/2025
05 JANUARI 2025 | AHAD
Sekitar Hari Pendaftaran Asrama Pelajar Baharu Sesi II: 2024/2025 yang berlangsung pada hari ini bertempat di Dewan Jubli Perak, Politeknik Kuching Sarawak (PKS).
Encik Samsudin bin Mohd. Saleh, Pengarah PKS dan Encik Mohd Nezuan bin Othman, Timbalan Pengarah (Sokongan Akademik) turut meluangkan masa meninjau sesi pendaftaran pagi tadi.
Kepada pelajar baharu, seluruh warga PKS mengucapkan Tahniah dan Selamat Datang ke Politeknik Kuching Sarawak. Terima kasih kerana memilih PKS sebagai destinasi TVET anda.

Sila layari facebook rasmi Politeknik Kuching Sarawak untuk maklumat lanjut