Berita Dan Aktiviti PKS

19 May 2023

FUTSAL WANITA MERANGKUL JUARA PADA PERTANDINGAN SUKAN PERSAHABATAN IPTA SARAWAK 4 PENJURU

13 Mei 2023 – Pertandingan Sukan Persahabatan IPTA Sarawak 4 Penjuru telah berlangsung di UiTM Kampus Samarahan Kuching, Sarawak dengan Unit Sukan UITM Cawangan Sarawak menjadi tuan rumah sekaligus menggalas tugas sebagai penganjur utama.
Politeknik Kuching Sarawak (PKS) telah menghantar kontinjen seramai 80 orang atlet terdiri daripada pelajar yang masih aktif dan diiringi oleh 13 orang pegawai yang berperanan sebagai pengurus dan jurulatih sukan.
Sebanyak 7 acara yang dipertandingkan antaranya badminton campuran, petanque campuran, bola jaring, bola tampar lelaki dan wanita serta futsal lelaki dan wanita.
Walaupun cuaca pada sebelah pagi tidak mengizinkan pertandingan berlangsung mengikut jadual namun, pihak penganjur bertindak pantas mencari alternatif sehingga pertandingan berjaya dilaksanakan dengan sempurna.
Kontinjen PKS telah berjaya membuktikan kemampuan dalam acara futsal wanita kerana mempamerkan semangat juang yang jitu sehingga berjaya merangkul juara apabila menewaskan UiTM dengan 4 gol berbalas 1 manakala membenam UNIMAS dengan 3 gol.
Usaha kedua jurulatih pasukan futsal wanita iaitu Encik Azis bin Sapali serta Encik Mike Joe anak Juing wajar mendapat pujian dan penghargaan kerana berjaya mengharumkan nama PKS setanding dengan pasukan IPTA lain.
Pertandingan seumpama ini amatlah dinantikan oleh semua atlit IPT Sarawak kerana mampu dijadikan platform mencungkil bakat serta mengenalpasti ruang dan peluang untuk membuktikan kemampuan dalam acara sukan.
Laporan oleh :
Pn. Hafizah binti Dahlan
Pegawai Belia dan Sukan S44 PKS
-mmk/jhep/pks
Untuk maklumat lanjut sila layari facebook rasmi Politeknik Kuching Sarawak

Accessibility Toolbar