Berita Dan Aktiviti PKS

4 Aug 2023

𝐏𝐄𝐑𝐌𝐎𝐇𝐎𝐍𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐍𝐀𝐉𝐀𝐀𝐍 𝐉𝐀𝐁𝐀𝐓𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐑𝐊𝐇𝐈𝐃𝐌𝐀𝐓𝐀𝐍 𝐀𝐖𝐀𝐌 (𝐉𝐏𝐀) 𝐁𝐀𝐆𝐈 𝐌𝐄𝐍𝐆𝐈𝐊𝐔𝐓𝐈 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐀𝐉𝐈𝐀𝐍 𝐃𝐈 𝐁𝐀𝐖𝐀𝐇 𝐏𝐑𝐎𝐆𝐑𝐀𝐌 𝐃𝐄𝐑𝐌𝐀𝐒𝐈𝐒𝐖𝐀 𝐁𝟒𝟎 𝐓𝐀𝐇𝐔𝐍 𝟐𝟎𝟐𝟑

Sukacita dimaklumkan bahawa Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) mempelawa pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun 2022 dalam kalangan keluarga B40 untuk memohon penajaan Program Dermasiswa B40 Tahun 2023 secara dalam talian seperti ketetapan berikut :

Tarikh permohonan:
𝟑𝟏 𝐉𝐮𝐥𝐚𝐢 𝟐𝟎𝟐𝟑 – 𝟏𝟏 𝐎𝐠𝐨𝐬 𝟐𝟎𝟐𝟑

Permohonan dan maklumat lanjut:

http://esilav2.jpa.gov.my/esila_new/index.php

Iklan : https://pocketdatav2.jpa.gov.my/public/9788b81415f71d90893471ba80163990

FAQ :
https://pocketdatav2.jpa.gov.my/public/2a0e6f7ad247ec8f4700453f15a21687

Sila Klik untuk memohon :
http://esilav2.jpa.gov.my/online_progs/epermohonan/index.php?program=DMSW

Program ini mensasarkan pelajar yang sedang mengikuti pengajian peringkat diploma di institusi yang dikenal pasti daripada latar belakang keluarga berpendapatan rendah, iaitu golongan B40 untuk diberi penajaan secara kaedah dermasiswa.

Objektif pelaksanaan program ini adalah bagi membantu pelajar-pelajar SPM 2022 dalam kalangan keluarga berpendapatan rendah iaitu golongan B40 untuk melanjutkan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi, khususnya di peringkat Diploma dalam bidang berfokuskan Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) di Universiti Awam (UA), Politeknik dan Institut Kemahiran Awam (IKA).

Saluran pertanyaan :
(dibuka sepanjang tempoh permohonan sahaja)

▪︎ 𝐓𝐚𝐥𝐢𝐚𝐧 𝐂𝐚𝐥𝐥 𝐂𝐞𝐧𝐭𝐫𝐞 : 𝟎𝟑- 𝟖𝟖𝟖𝟓 𝟑𝟐𝟗𝟕
▪︎ 𝐄-𝐦𝐞𝐥: 𝐝𝐞𝐫𝐦𝐚𝐬𝐢𝐬𝐰𝐚𝟐𝟎𝟐𝟑@𝐣𝐩𝐚.𝐠𝐨𝐯.𝐦𝐲

Sebelum mengisi permohonan, calon perlu membaca dan memahami syarat permohonan.

#MalaysiaMADANI
#berkhidmatuntuknegara
#GREATcivilservice
#JPA

Jabatan Hal Ehwal Pelajar (JHEP)
Politeknik Kuching Sarawak

3 Ogos 2023

Accessibility Toolbar