Berita Dan Aktiviti PKS

9 Mar 2024

Lawatan Akademik Ke Koperasi Kluster Koko Sarawak Berhad

08 MAC 2024 | JUMAAT

Kelab Pelajar Kejuruteraan Mekanikal (DMES), Politeknik Kuching Sarawak telah menganjurkan satu sesi lawatan akademik ke Koperasi Kluster Koko Sarawak Berhad pada 8 Mac 2024. Lawatan ini telah disertai oleh 25 orang pelajar bersama-sama tiga orang pensyarah pengiring.
Objektif lawatan ini adalah untuk mendedahkan kepada pelajar JKM berkenaan dengan proses penghasilan produk koko dan prospek kerjaya dalam bidang pembuatan bersama Lembaga Koko Malaysia.
Penganjuran aktiviti ini juga adalah untuk memenuhi salah satu keperluan kursus DJF41052 Manufacturing System khasnya kepada pelajar Diploma Kejuruteraan Mekanikal (Pembuatan)- DTP, di mana mereka akan lebih memahami kepentingan dan keperluan mengaplikasikan konsep pembuatan lean (Lean Manufacturing) dalam situasi yang sebenar.
Diharapkan melalui penganjuran lawatan akademik ini dapat memberikan manfaat kepada para pelajar dan pensyarah yang terlibat.
Terima kasih diucapkan kepada pihak Lembaga Koko Malaysia atas kesudian menerima kunjungan ini.
Sumber dan Foto: Jabatan Kejuruteraan Mekanikal (JKM)
Sila layari facebook rasmi Politeknik Kuching Sarawak untuk maklumat lanjut

Accessibility Toolbar