21
Nov
2024
Lawatan Penandaarasan Unit Jaminan Kualiti Kolej Komuniti Miri ke Politeknik Kuching Sarawak
21 NOVEMBER 2024 | KHAMIS
Lawatan Penandaarasan Unit Jaminan Kualiti Kolej Komuniti Miri
Unit Jaminan Kualiti Kolej Komuniti Miri telah hadir ke Politeknik Kuching Sarawak pada hari ini bagi membuat lawatan penanda aras bersama dengan Unit Jaminan Kualiti PKS.
Rombongan dari Kolej Komuniti Miri terdiri daripada Encik Holinson Emang Wan (Timbalan Pengarah (Akademik), Ts. Norayushafira binti Che Kamaruddin (Pegawai Kualiti) dan Puan Nur Shuhada binti Hanapi (Jawatankuasa UJK).
Tujuan utama lawatan adalah bagi melihat dan memahami prosedur pelaksanaan Kajian Semula Pengurusan, Pelan Strategik, Pelan Tindakan dan Manual Prosedur Kualiti yang dilaksanakan di PKS.
Sumber: Unit Jaminan Kualiti
Mohamad Hadzli bin Othman
Sila layari facebook rasmi Politeknik Kuching Sarawak untuk maklumat lanjut