PROGRAM OUTREACH POLITEKNIK & KOLEJ KOMUNITI (POLYCC) JOM BERAMBEH HEBAH PENGAMBILAN PELAJAR BAHARU SESI DISEMBER 2019
KOTA SAMARAHAN, 13 Oktober 2019 – Program Outreach Politeknik dan Kolej Komuniti (PolyCC) Zon Sarawak melabukan tirai dengan berlangsungnya majlis perasmian penutupan oleh Pengarah Politeknik Kuching Sarawak, Puan Hjh. Jamaliah Ahmad di Stadium Tertutup Kota Samarahan hari ini.
Menurut Jamaliah dalam ucapannya, program itu dianjurkan bagi menyebarluas informasi berhubung pengambilan dan kemasukan pelajar baharu ke Politeknik dan Kolej Komuniti yang ditawarkan 2 kali setahun iaitu ambilan Jun dan ambilan Disember dan program hari ini khusus bagi ambilan Sesi Disember 2019 yang akan mendaftar masik pada 2 Disember tahun ini. Program Jom Berambeh PolyCC ini diyakini dapat menarik minat belia khususnya pelajar tingkatan empat, lima dan lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) untuk memohon dan melanjutkan pengajian dalam bidang pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) pada peringkat Diploma Politeknik atau Sijil di Kolej Komuniti, Kementerian Pendidikan Malaysia khusus di bahagian Samarahan dan Kuching dengan syarat-syarat kelayakan SPM dan juga sijil kemahiran.
Sebagai salah satu aktiviti pelajar, program outreach ini merupakan usaha Jawatankuasa Perwakilan Pelajar Kolej Komuniti dan Majlis Perwakilan Pelajar Politeknik dengan kerjasama Adabi (Stasuria Enterprise Sdn Bhd) yang diadakan selama dua hari bermula Sabtu.
Pelbagai aktiviti dan pertandingan turut diadakan sepanjang program bagi menarik sasaran antaranya pameran pendidikan PolyCC Zon Sarawak, pertandingan futsal jemputan, e-Sport, pertandingan memasak dan pelbagai kursus pendek Kolej Komuniti yang disertai oleh warga Samarahan.
Hadir sama, Pengarah Kolej Komuniti Santubong Abdullah Latep Mustapha, Ketua Jabatan Hal. Ehwal Pelajar, Politeknik Kuching Sarawak, Mahathir Mohamad Kamin dan Pegawai Jualan Stasuria Enterprise Sdn Bhd, Hasbi Chee.
Politeknik dan Kolej Komuniti Zon Sarawak terdiri daripada Politeknik Kuching Sarawak, Politeknik Mukah, Sarawak. Politeknik METrO Betong Sarawak, Kolej Komuniti Santubong, Kolej Komuniti Kuching, Kole jKomuniti Mas Gading, Kolej Komuniti Miri, Kolej Komuniti Sarikei, Kolej Komuniti Betong dan Kolej Komuniti Cawangan Sibu.
Permohonan masuk adalah secara atas talian (online) melalui portal http://ambilan.mypolycc.edu.my dan mana-mana yang berhampiran dengan lokasi Politeknik dan Kolej Komuniti bolehlah datang untuk konsultasi dan bantuan khidmat permohonan secara online.
Disediakan oleh :
Mahathir Bin Mohamad Kamin
Jabatan Hal Ehwal Pelajar
Politeknik Kuching Sarawak
☎️ 082845204 ????0146566477
PROGRAM OUTREACH POLITEKNIK & KOLEJ KOMUNITI (POLYCC) JOM BERAMBEH HEBAH PENGAMBILAN PELAJAR BAHARU SESI DISEMBER 2019KOTA SAMARAHAN, 13 Oktober 2019 – Program Outreach Politeknik dan Kolej Komuniti (PolyCC) Zon Sarawak melabukan tirai dengan berlangsungnya majlis perasmian penutupan oleh Pengarah Politeknik Kuching Sarawak, Puan Hjh. Jamaliah Ahmad di Stadium Tertutup Kota Samarahan hari ini. Menurut Jamaliah dalam ucapannya, program itu dianjurkan bagi menyebarluas informasi berhubung pengambilan dan kemasukan pelajar baharu ke Politeknik dan Kolej Komuniti yang ditawarkan 2 kali setahun iaitu ambilan Jun dan ambilan Disember dan program hari ini khusus bagi ambilan Sesi Disember 2019 yang akan mendaftar masik pada 2 Disember tahun ini. Program Jom Berambeh PolyCC ini diyakini dapat menarik minat belia khususnya pelajar tingkatan empat, lima dan lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) untuk memohon dan melanjutkan pengajian dalam bidang pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) pada peringkat Diploma Politeknik atau Sijil di Kolej Komuniti, Kementerian Pendidikan Malaysia khusus di bahagian Samarahan dan Kuching dengan syarat-syarat kelayakan SPM dan juga sijil kemahiran. Sebagai salah satu aktiviti pelajar, program outreach ini merupakan usaha Jawatankuasa Perwakilan Pelajar Kolej Komuniti dan Majlis Perwakilan Pelajar Politeknik dengan kerjasama Adabi (Stasuria Enterprise Sdn Bhd) yang diadakan selama dua hari bermula Sabtu.Pelbagai aktiviti dan pertandingan turut diadakan sepanjang program bagi menarik sasaran antaranya pameran pendidikan PolyCC Zon Sarawak, pertandingan futsal jemputan, e-Sport, pertandingan memasak dan pelbagai kursus pendek Kolej Komuniti yang disertai oleh warga Samarahan. Hadir sama, Pengarah Kolej Komuniti Santubong Abdullah Latep Mustapha, Ketua Jabatan Hal. Ehwal Pelajar, Politeknik Kuching Sarawak, Mahathir Mohamad Kamin dan Pegawai Jualan Stasuria Enterprise Sdn Bhd, Hasbi Chee.Politeknik dan Kolej Komuniti Zon Sarawak terdiri daripada Politeknik Kuching Sarawak, Politeknik Mukah Sarawak (PMU), Politeknik METrO Betong Sarawak, Kolej Komuniti Santubong, Kolej Komuniti Kuching, Kolej Komuniti Mas Gading, Kolej Komuniti Miri, Kolej Komuniti Sarikei, Kolej Komuniti Betong dan Kolej Komuniti Sarikei Cawangan Sibu. Permohonan masuk adalah secara atas talian (online) melalui portal http://ambilan.mypolycc.edu.my dan mana-mana yang berhampiran dengan lokasi Politeknik dan Kolej Komuniti bolehlah datang untuk konsultasi dan bantuan khidmat permohonan secara online. Disediakan oleh :Mahathir Bin Mohamad KaminJabatan Hal Ehwal PelajarPoliteknik Kuching Sarawak☎️ 082845204 ????0146566477
Posted by Politeknik Kuching Sarawak on Ahad, 13 Oktober 2019