FOODBANK YaPEIM READY TO EAT FASA II, CERIAKAN PELAJAR PKS DALAM TEMPOH PELANJUTAN PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN
27 MAC 2020 – Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM) sekali lagi tampil memberi bantuan dan sumbangan kepada pelajar Politeknik Kuching Sarawak (PKS) berupa roti dan makanan ringan pada petang tadi.
Pada 22 Mac 2020 yang lalu, (YaPEIM) telah menyediakan makan malam secara ‘pack food’ kepada 450 orang pelajar PKS yang tidak dapat balik ke kampung halaman berikutan Perintah Kawalan Pergerakan untuk mengekang penularan dan memutuskan rangkaian jangkitan atau ‘break the chain of infection’ supaya jumlah yang dijangkiti wabak COVID-19 itu dapat dikurangkan.
Pihak PKS mengucapkan terima kasih dan penghargaan atas sumbangan sebelum ini, semasa dan semoga YaPEIM dimurahkan rezeki dan dana untuk menyumbang secara berterusan kepada pelajar PKS yang kebanyakannya merupakan dari kategori B40.
Posted by Politeknik Kuching Sarawak on Jumaat, 27 Mac 2020