Berita Dan Aktiviti PKS

17 Aug 2023

Program CSR STEM-Robotik: AUTONOMOUS MOBILE ROBOT SMK Matang Jaya bersempena dengan bulan STEM Sekolah 2023 anjuran SMK Matang Jaya.

16 Ogos 2023, Rabu – Jabatan Kejuruteraan Elektrik telah mengadakan Program CSR STEM-Robotik: AUTONOMOUS MOBILE ROBOT SMK Matang Jaya bersempena dengan bulan STEM Sekolah 2023 anjuran SMK Matang Jaya.
Program ini telah disertai oleh 75 orang pelajar yang dikendalikan oleh 25 orang Pensyarah Politeknik Kuching Sarawak sebagai fasilitator. Melalui program ini, pelajar mampu meningkatkan minat dan kesedaran dalam bidang STEM yang merupakan tonggak penting kemajuan teknologi semasa.
Program ini bertujuan memberi pendedahan kepada para pelajar dan guru berkaitan dengan bidang STEM-Robotik. Aktiviti ini melibatkan perkongsian ilmu secara teori dan praktikal selaras dengan keperluan STEM dalam Revolusi Industri 4.0.
Pembelajaran secara “fun learning” memudahkan pemahaman pelajar berkenaan konsep STEM Robotik. Penerangan komponen-komponen utama Autonomous Mobile Robot dilakukan oleh fasilitator secara berkumpulan. Setiap kumpulan telah diberi peluang untuk uji lari Autonomous Mobile Robot. Tahniah kepada peserta kerana berjaya menyelesaikan cabaran uji lari Autonomous Mobile Robot.
Selain itu, Jabatan Kejuruteraan Elektrik turut mengadakan promosi tentang program yang ditawarkan dan program PSH yang dijalankan di Politeknik Kuching Sarawak kepada pelajar dan guru sekolah. Promosi ini adalah selaras dengan agenda politeknik sebagai Peneraju TVET.
Sumber dan foto: Jabatan Kejuruteraan Elektrik
Sila layari facebook rasmi Politeknik Kuching Sarawak untuk maklumat lanjut.

Accessibility Toolbar