Berita Dan Aktiviti PKS

6 Feb 2024

Kewaris PKS Rai Sambutan Tahun Baru Cina Bersama Wishesland Kuching

Kuching,3 Februari 2024- Kelab Kebudayaan dan Warisan (KEWARIS) telah dijemput untuk melaksanakan program Khidmat Masyarakat (CSR) dan persembahan bersempena sambutan Pra-Tahun Baru Cina 2024. Program ini diadakan di Wishesland,Kuching bertujuan untuk memberikan peluang kepada anak-anak Cerebral Palsy meraikan sambutan Tahun Baru Cina bersama rakan-rakan,ibubapa,guru serta para tetamu jemputan.
Kumpulan KEWARIS PKS yang dipimpin oleh Encik Saiful Irwan bin Sarkawi selaku Pengurus Projek bersama sembilan orang pensyarah mewakili Politeknik Kuching Sarawak (PKS) telah mengadakan Perkongsian Ilmu dengan membuat kraftangan naga bersama-sama 24 orang anak-anak dan ahli keluarga serta 60 orang tetamu jemputan. Selain itu,KEWARIS PKS turut mengadakan persembahan pembukaan dengan nyanyian koir Tahun Baru Cina.
Sebagai maklumat tambahan, pihak KEWARIS PKS telah diberi kepercayaan bagi menjayakan program CSR dan persembahan di Wishesland selama tiga tahun berturut-turut. Sambutan Tahun Baru Cina tersebut dirasmikan oleh Encik Chi Poh Yung,Pengasas dan Presiden Wishesland.
Dalam majlis tersebut,Encik Mohd Hazry bin Ismail,Ketua Jabatan Sukan,Kokurikulum dan Kebudayaan turut hadir dan menyampaikan cenderahati kepada pihak Wishesland.
Sumber: Jabatan Sukan,Kokurikulum dan Kebudayaan (JSKK)
Sila layari facebook rasmi Politeknik Kuching Sarawak untuk maklumat lanjut

Accessibility Toolbar