Berita Dan Aktiviti PKS

27 Apr 2022

WATIKAH PELANTIKAN & IKRAR MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR (MPP) POLITEKNIK KUCHING SARAWAK SESI 2022/2023 DALAM MAJLIS PERHIMPUNAN PKS BULAN APRIL 2022

Khamis, 21 April 2022 – Penyampaian surat atau watikah pelantikan Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) Politeknik Kuching Sarawak (PKS) sesi 2022/2023 telah disampaikan oleh YBrs. Pengarah PKS, En. Hikmatullah Hajid Ahmad Khan dalam Perhimpunan Bulanan Staf bagi bulan Mac dan April anjuran Jabatan Perdagangan (JP) bertempat di Dewan Jubli Perak. Secara rasmi, seramai 31 orang telah menerima watikah dan melafaz ikrar sebagai ahli MPP PKS yang diketuai oleh Saudari Irdina Nasuha binti Mohamad Nasir, pelajar Diploma Pengajian Perniagaan, semester 4 selaku Yang Dipertua (YDP) bagi sesi kali ini.
Gambar : Mohamad Hadzli Othman UIDM PKS

Accessibility Toolbar