News

7 Oct 2019

Jabatan Matematik Sains & Komputer (JMSK) telah mengadakan program Splendid Science di Dataran Jubli Perak PKS.

KUCHING, 2 Oktober 2019: Jabatan Matematik Sains & Komputer (JMSK) telah mengadakan program Splendid Science di Dataran Jubli Perak PKS.
Program ini merupakan aktiviti yang dianjurkan oleh para pelajar yang mengambil kursus DBS10012 untuk memahami dengan lebih mendalam dan mempraktikkan apa yang telah dipelajari mereka berkenaan dengan kursus tersebut.

Seramai 168 orang peserta yang terdiri daripada 21 buah kelas semester 1 dan 40 orang AJK yang terdiri daripada pelajar DEP1-S2.

Antara objektif program ini adalah untuk memupuk semangat berpasukan dalam diri pelajar dan melahirkan pelajar yang berdaya saing. Selain itu, program ini diharap dapat meningkatkan kreativiti para pelajar dan memperkasa ilmu pengetahuan dalam setiap aktiviti yang dijalankan.
Terdapat 3 acara yang dipertandingkan sepanjang aktiviti tersebut iaitu Trivia Science (Quiz), Lab Race dan Attractive Booth.

Majlis penutupan dan penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh Timbalan Pengarah Sokongan Akademik Mohamad Khirudin bin Amdan bersama Othman bin Mokhtar KJMSK dan pensyarah JMSK.

Posted by Politeknik Kuching Sarawak on Rabu, 2 Oktober 2019