Berita Dan Aktiviti PKS

25 Sep 2023

KARNIVAL SUKSES PENDIDIKAN KERJAYA MURID PERINGKAT NEGERI SARAWAK TAHUN 2023 DI POLITEKNIK KUCHING SARAWAK

Semua warga dijemput ke Program SUKSES “Sharing University & Skills Information for Enhance Student Success” Karnival Pendidikan Kerjaya Murid Peringkat Negeri Sarawak diadakan di Politeknik Kuching Sarawak (PKS).
Tarikh : 26 dan 27 September 2023
Lokasi : Dewan Jubli Perak, Dataran dan Parkir Kantin, PKS
2. Untuk makluman, karnival SUKSES ini merupakan anjuran Majlis Guru Kaunseling Kebangsaan, Kementerian Pendidikan Malaysia dengan kerjasama Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti (JPPKK), Kementerian Pendidikan Tinggi. Bagi pelaksanaan di peringkat negeri Sarawak adalah melibatkan Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak (JPNS) dan Persatuan Guru Bimbingan dan Kaunseling Negeri Sarawak (PGBKNS) dengan kerjasama Politeknik Kuching Sarawak.
3. Penganjurannya bertujuan untuk mempromosi dan menyebarluas maklumat terkini mengenai peluang Pendidikan Tinggi yang ditawarkan di IPTA termasuk Politeknik dan Kolej Komuniti, IPTS, ILKA, sekolah khusus kepada murid, guru dan ibu bapa yang berkonsepkan “One stop center”.
4. Semua warga PKS termasuk pelajar turut dijemput untuk menyertai karvival ini disamping melawat dan mendapatkan info serta manfaat dari reruai pempamer di Dewan Jubli Perak dan Gerai Jualan di kawasan Parkir Kantin. (Rujuk Lampiran Jadual Karnival dan Senarai Pempamer).
5. Sepanjang program, PKS akan menerima pelawat lebih kurang seramai 1574 orang pelawat yang terdiri daripada 1282 orang murid dari sekolah-sekolah menengah dari daerah Kuching, Bau, Lundu, Samarahan dan Padawan menaiki 42 buah bas bersama-sama 102 guru pengiring, 100 guru/urus setia guru bertugas, 40 orang daripada 20 pengerai jualan dan 60 orang pempamer yang terdiri dari IPTA/IPTS/ILKA/Sekolah.
Sekian, terima kasih.

Accessibility Toolbar