Berita Dan Aktiviti PKS

30 Oct 2023

KARNIVAL TVET @ POLYCC PERINGKAT ZON SARAWAK TAWAR LEBIH 200 PELUANG PEKERJAAN

25 Oktober 2023, Kuching – Lebih 200 peluang pekerjaan dan penempatan laithan industri telah ditawarkan sepanjang Karnival TVET @ PolyCC Peringkat Zon Sarawak yang diadakan di Dewan Jubli Perak,PKS. Karnival kali ini telah dihadiri lebih 400 pengunjung yang terdiri daripada para pelajar, alumni dan pencari kerja di sekitar Kuching. Karnival ini merupakan anjuran Politeknik dan Kolej Komuniti (PolyCC) Zon Sarawak bersama PERKESO Sarawak, Persatuan Alumni Politeknik Kuching dan Puspanita PKS.
Penganjuran Karnival TVET @ PolyCC Peringkat Zon Sarawak 2023 ini bertujuan untuk meningkatkan kebolehpasaran graduan PKS, memberi pendedahan kepada pelajar mengenai peluang pekerjaan di industri serta menghadiri temu duga bagi tujuan penempatan latihan industri atau mendapatkan pekerjaan.
Sebanyak 23 syarikat industri telah menyertai karnival ini. Pihak industri juga berpeluang mengenal pasti calon yang berpotensi bagi tujuan penempatan latihan industri atau tawaran pekerjaan dan seterusnya mengukuhkan kolaborasi antara industri dan Politeknik Kuching Sarawak.
Dalam masa yang sama, PKS turut menandatangani tujuh (7) sijil kolaborasi strategik bersama-sama syarikat Sarforce Academy Consultancy Sdn Bhd, A Terratech Solution Sdn Bhd, Asia Drone IOT Technologies, OM Materials Sdn Bhd, Sarawak Metro Sdn Bhd, Fly Zone Enterprice dan Pusat Kajian Pembudayaan STEM, UKM yang bakal menyaksikan jalinan kerjasama dalam pelbagai bidang.
Pengarah Politeknik Kuching Sarawak, YBrs. Encik Samsudin bin Mohd. Saleh telah merasmikan Karnival TVET @ PolyCC Peringkat Zon Sarawak.
Foto:Mohamad Hadzli bin Othman

Accessibility Toolbar