Berita Dan Aktiviti PKS

30 Dec 2019

PROGRAM KHEMAH KERJA UKUR

19 Disember 2019 – Majlis penutupan Program Khemah Kerja Ukur telah disempurnakan oleh Timbalan Pengarah Akademik PKS, Encik Chow Tio Kiong di SM Sains Kuching, Matang hari ini. Seramai 19 orang pelajar PKS dari jurusan Geomatik telah berjaya mengikuti program tersebut selama seminggu. Turut hadir di Majlis itu ialah Pengetua SM Sains Kuching Matang, Puan Setia binti Ken, Ketua Jabatan Kejuruteraan Awam, Ketua program serta tenaga pengajar yang terdiri daripada pensyarah bidang Ukur Tanah.

Tujuan utama program ini diadakan adalah untuk mendedahkan pelajar PKS khususnya pelajar bidang Geomatik kepada alam pekerjaan sebenar. Ini merupakan satu syarat yang perlu dipenuhi oleh pelajar untuk bergraduat. Selain itu, program pada kali ini juga bertujuan untuk membantu pihak sekolah dari segi verifikasi tanda sempadan sekolah supaya pihak sekolah dapat mengetahui kedudukan sebenar tanda sempadan sekolah berkenaan.

Encik.Chow Tio Kiong menyerahkan cenderamata kepada Puan Setia binti Ken.

Posted by Politeknik Kuching Sarawak on Rabu, 18 Disember 2019

Accessibility Toolbar