Berita Dan Aktiviti PKS

21 Jan 2021

PKS TERIMA LAWATAN DARIPADA AHLI JAWATANKUASA PENGURUSAN BENCANA NEGERI SARAWAK

KUCHING, Khamis (21 Januari 2021) – Politeknik Kuching Sarawak (PKS) telah menerima lawatan daripada ahli Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) di sini.

Lawatan tersebut telah disertai oleh wakil Pejabat Residen Bahagian Kuching, Polis DiRaja Malaysia (PDRM), Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak dan Angkatan Pertahanan Awam Negeri Sarawak.

Tujuan lawatan tersebut adalah untuk meninjau kemudahan penginapan yang terdapat di PKS.
Semasa lawatan tersebut, taklimat kepada rombongan JPBNS telah disampaikan oleh Pengarah PKS Jamaliah Ahmad. –TAMAT.