Berita Dan Aktiviti PKS

25 Jan 2023

LAPOR DIRI & PANDUAN LAPOR DIRI PELAJAR SENIOR SESI II 2022/2023 & PANDUAN LAPOR DIRI PELAJAR PINDAH MASUK SESI II 2022/2023 POLITEKNIK KUCHING SARAWAK (PKS)

Semua Pelajar Senior / Pelajar Tangguh Sem/Sesi Lepas/ Pelajar Bertukar Masuk ke PKS

Dimaklumkan Panduan Lapor Diri Pelajar Senior bagi Sesi II 2022/2023 sudah boleh dimuat turun di portal www.poliku.edu.my melalui pautan :

http://www.poliku.edu.my/pelajar-senior/

Bagi pelajar politeknik lain yang bertukar/pindah masuk ke Politeknik Kuching Sarawak bagi Sesi II 2022/2023 juga dikehendaki untuk memuat turun Panduan Lapor Diri Pelajar Pindah Masuk Sesi II 2022/2023 di link yang sama.

Pelajar adalah diingatkan supaya :

1. Membaca dan memahami dengan teliti keseluruhan Panduan Lapor Diri.

2. Telah menyemak keputusan penilaian/peperiksaan akhir Sesi I 2022/2023

3. Membuat semua bayaran yuran pengajian, yuran asrama (bagi yang ditawarkan asrama) dan bayaran pelbagai mengikut kaedah dan tarikh yang betul seperti panduan.

**Bayaran JomPAY hanya akan dikemaskini di dalam sistem dalam tempoh 3 hari bekerja dari tarikh pembayaran. Sila maklumkan JHEP melalui whatsapp 01158746393 sekiranya pembayaran masih tidak dikemaskini selepas tempoh tersebut.

4. Membuat tindakan sepatutnya mengikut kepada carta alir lapor diri hingga proses daftar online, daftar kursus dan hadir kuliah.

5. Memohon nasihat dan menghubungi Penasihat Akademik (PA) masing-masing dalam perkara yang berkaitan.

Sekian, harap maklum.

Jabatan Hal Ehwal Pelajar
Politeknik Kuching Sarawak.

mmk/jhep/PKS

Accessibility Toolbar