Berita Dan Aktiviti PKS

16 Jun 2023

Kemaskini Alamat Pengeposan Sijil Diploma Graduan Tidak Hadir Majlis Konvokesyen Ke 31, 2023 Politeknik Kuching Sarawak

Tahniah dan Syabas diucapkan terlebih dahulu kepada semua graduan Sesi II : 2021/2022 Politeknik Kuching Sarawak.

Sebagai makluman, Unit Peperiksaan, Politeknik Kuching Sarawak memohon jasa baik semua graduan TIDAK HADIR Majlis Konvokesyen Ke 31 untuk mengisi alamat pengeposan Sijil Diploma dan nombor telefon yang boleh dihubungi. Graduan WAJIB memberi alamat yang lengkap dan boleh dihantar oleh pihak Pos Laju. Mohon untuk tidak menggunakan alamat UMUM tanpa nombor (Contoh: Kampung XXX, PO box, dan sebagainya)

Ini bertujuan untuk mengelakkan Sijil Diploma TIDAK sampai kepada graduan dan dikembalikan ke Unit Peperiksaan disebabkan ALAMAT YANG DIBERI TIDAK LENGKAP, PARCEL TIDAK DITUNTUT OLEH GRADUAN serta NO TELEFON GRADUAN TIDAK DAPAT DIHUBUNGI.

Jika parcel dikembalikan ke Unit Peperiksaan, graduan dikehendaki MENANGGUNG KOS PENGEPOSAN SEMULA.

TARIKH AKHIR PENGISIAN: 14 JULAI 2023

******************************************************************************************
NOTA PENTING
Jika graduan tidak mengisi borang ini, pihak Unit Peperiksaan akan menggunakan alamat graduan di SPMP bagi tujuan pengeposan
******************************************************************************************
Kerjasama para graduan amat dihargai
Sekian, terima kasih

Accessibility Toolbar