Berita Dan Aktiviti PKS

30 Mar 2020

TERIMA KASIH KERAJAAN MALAYSIA, AGENSI PENGURUSAN BENCANA NEGARA (NADMA) SEDIA BANTUAN MAKAN MINUM 3 KALI SEHARI

26 MAC 2020 – Mulai hari ini, pelajar Politeknik Kuching Sarawak (PKS) yang kekal berada di Kolej Kediaman Kampus sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan, menikmati makan minum tiga (3) kali sehari daripada peruntukan yang disediakan oleh Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA), Jabatan Perdana Menteri bagi tempoh 11 hari iaitu mulai 21-31 Mac 2020.

Untuk tempoh yang tidak sempat disediakan makan minum mulai 21 Mac 2020, pembayaran bantuan akan disalurkan secara tunai melalui akaun bank pelajar masing-masing dan para pelajar diminta menyediakan salinan kenyataan akaun bank yang mempunyai nama pelajar, no. akaun dan nama Bank serta dokumen lain bagi proses penyediaan bayaran.

Untuk makluman juga, penyediaan makan minum sebelum tarikh tersebut telah dibiayai oleh Tabung Aktiviti/Kebajikan Pelajar PKS serta sekali oleh pihak Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM).

Posted by Politeknik Kuching Sarawak on Jumaat, 27 Mac 2020

Accessibility Toolbar